Kami dari SMK Seri Jempol Team sentiasa bekerjasama dalam menjana beberapa program dan aktiviti bagi memberi kesedaran kepada masyarakat awam termasuk pelajar tentang kepentingan memelihara spesis orang-utan yang semakin diancam kepupusan ini. Pelbagai aktiviti telah kami usahakan, antaranya ialah sudut pameran di sekolah, bagi menyampaikan maklumat tentang orangutan dari segi latar belakang, pemakanan, cara hidup, faktor-faktor kepupusan serta cara mengatasinya. Selain itu, kami turut menyebarkan risalah-risalah yang mengandungi maklumat tentang orang utan kepada penduduk Taman Serting Indah supaya informasi yang ingin disampaikan dapat difahami sepenuhnya. Selain itu, kami turut meminta tandatangan orang awam sebagai tanda menyokong usaha kami menyelamatkan orang utan.
/shapetype>/shapetype>/>/stroke>/stroke>/>/formulas>/formulas>/>/f>/f>/>/f>/f>/>/f>/f>/>/f>/f>/>/f>/f>/>/f>/f>/>/f>/f>/>/f>/f>/>/f>/f>/>/f>/f>/>/f>/f>/>/f>/f>/>/f>/>/>>/>/f>/>/>>/>/f>/>/>>/>/f>/>/>>/>/f>/>/>>/>/f>/>/>>/>/f>/>/>>/>/f>/>/>>/>/f>/>/>>/>/f>/>/>>/>/f>/>/>>/>/f>/>/>>/>/formulas>/>/>>/>/path>/path>/>/lock>/lock>/>/lock>/>/>>/>/path>/>/>>/>/stroke>/>/>>/>/shapetype>/>/>>/>/shape>/shape>/>/imagedata>/imagedata>/>/wrap>/wrap>/>/wrap>/>/>>/>/imagedata>/>/>>/>/shape>/>/>>/> Seterusnya, kami juga mengadakan acara mega kami, iaitu Kempen Lindungi Orang Utan SMK Seri Jempol pada Ogos 2009. Pelbagai peraduan telah diadakan antaranya ialah, peraduan kuiz orang utan, peraduan menulis dialog karikatur bermesej, peraduan menulis slogan, peraduan menulis esei pendek, dan peraduan teka silang kata. Melalui semua aktiviti ini, para pelajar akan merujuk kepada sudut pameran kami bagi mendapatkan jawapan dan informasi kepada soalan-soalan yang ditanya. Dari situ mereka akan menambahkan pengetahuan mereka mengenai spesis yang semakin pupus ini dan menimbulkan kesedaran terhadap pentingnya memelihara orangutan. Melalui peraduan menulis dialog kreatif pula, mereka berpeluang menyampaikan buah fikiran mereka menerusi 2 watak karikatur, iaitu orangutan dan guru sekolah yang membawa murid-muridnya melawat orangutan.
Semua ini adalah usaha kami untuk member kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menyelamatkan orang utan. Pada kami, apa yang lebih penting bukanlah wang ringgit semata-mata, tetapi kesedaran itu yang paling dominan. Oleh itu, kami akan sentiasa melipatgandakan usaha untuk terus memberi komitmen terhadap usaha ini.
Hi supporter S.O.U Team semua!! Terima kasih kerana masih setia bersama kami. Sempena Ramadan dan Aidilfitri ini, kami ingin memohon maaf kepada anda semua atas salah silap kami sebelum ini. Doakan kami berjaya dalam SPM 2010 ini!! Teruskan sokongan anda!!
:: S.O.U ::
SMK Seri Jempol Team
Mohammad Affandi bin Abu - Guru Penasihat
Irwan Norasyraf bin Zulkaffili - Perancang Keseluruhan Program & Kempen - Penyelaras Blog / Blogger
Muhammad Fariz bin Pugal - Publisiti dan Jurugambar
Nur Amalina binti Saari - Pengurus Aktiviti - Bahagian Pencetakan
Nabilah binti Mohamad Sharif - Bahagian Komunikasi - Penyelaras Kempen & Kewangan
Monyong - an Indonesian word that translates as "lippy", from her endearing habit of pursing her mouth and blowing kisses - is an orang-utan. And the fact she is here illustrates the brutal story of the destruction of one of the world's last true wildernesses. read more
* * * Orangutan numbers are now down by 92% compared with a century ago and have been reduced by half in Northern Sumatra between 1993 and 2000. The orangutans ancient origin is not agreed upon. One hypothesis says..... read more
* * * An OFI Orangutan Release in 2009by Jade Chang, B.A. UC Irvine, Volunteer for OFI
A new baby is always an exciting event and it is no different at Sepilok, especially when it is one of their own rehabilitated orangutans who introduces their new born to the world. Britt was an orphan who was rescued from a plantation in the Kinabatangan region of Sabah on 27th November 1999 and was thought to be approximately 18 months old. When Britt arrived at Sepilok she was given a thorough medical check and she was found to be in good health .........
No comments:
Post a Comment