**********************************************************************************************

WELCOME TO SAYANG ORANG UTAN

Thursday, August 6, 2009

Kerja Berkumpulan

Pada petang ini, kami berkumpul di makmal komputer sekolah untuk memulakan proses menghias blog kami. Kami mulakan dengan memilih template yang menarik dan ringkas kerana sesebuah template yang terlalu berlebihan hanya akan mencacatkan sesebuah blog itu sendiri, kerana bagi kami apa yang penting ialah blog itu menarik dan mempunyai mesej untuk disampaikan bukan kerana kecantikan semata-mata. Sebelum pulang dari sekolah pula, kami sempat berurusan dengan guru penasihat kami, Cikgu Affandi berhubung aspek bajet untuk kempen yang akan kami jalankan nanti. Kami mengambil seberapa banyak tunjuk ajar dan maklumat yang boleh yang disampaikan oleh Cikgu Affandi. Kemudian, kami mengadakan perbincangan tentang perkara-perkara yang memerlukan peruntukan yang besar serta menyenaraikan antara keperluan dan kemahuan. Dari situ kami dapat mengenalpasti dan menyelaraskan bajet kami untuk kempen itu nanti. Kami juga bertungkus-lumus menyiapkan kertas kerja yang perlu kami siapkan sebelum minggu hadapan, iaitu sebelum kami lawatan ke Zoo Melaka pada minggu hadapan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails