- Nama saintifik bagi orangutan ialah pongo pygmaeus.
- Populasi orangutan dianggarkan kurang 30 000 ekor.
- Habitat populasi orang utan hanya terdapat di Kepulauan Borneo dan Sumatera.
- Genetik orangutan adalah 97% sama dengan manusia.
- Terdapat 2 spesis orangutan iaitu pongo pygmaeus ( orangutan Borneo ) dan pongo abelii ( orangutan
sumatera )
- Sumber makanan orangutan ialah buah-buahan, pucuk daun, kulit dan bunga pokok, serangga dan telur
burung.
- Warna bulu orangutan ialah merah keperangan.
- Di Sabah, orangutan dikenali sebagai kogiu, kahui dan kisau, manakala di Sarawak ialah maias.
- Habitat orangutan ialah di atas pokok kawasan hutan hujan tropika.
- Anggaran berat badan orangutan dewasa ialah antara 40 - 100 kg.
- Orangutan boleh hidup selama 35 tahun di dalam hutan.
- Gorila, chimpanzee, monyet dan ungka adalah antara haiwan satu keluarga dengan orangutan.
- Anggaran panjang badan orangutan ialah antara 125 - 150 cm ( 4-5 kaki )
- Haiwan pemangsa seperti ular sawa dan harimau menjadi ancaman bagi anak orangutan.
- Orangutan betina hanya boleh melahirkan seekor anak setiap 8 tahun.
- Tangan seekor orangutan dewasa mampu mencapai panjang melebihi 7 kaki dari hujung jari ke hujung jari.
* Menarik bukan?? Sokonglah usaha memelihara dan memulihara orangutan bersama-sama kami!!






: :
:





No comments:
Post a Comment