**********************************************************************************************

WELCOME TO SAYANG ORANG UTAN

Tuesday, August 4, 2009

Pengenalan

Dalam kita meniti zaman era globalisasi ini, adakah anda sedar bahawa di mana sahaja terdapatnya hutan hujan tropika mungkin sekurang-kurangnya seekor orang utan telah mati. Akibat daripada kekejaman manusia yang tidak berperikemanusiaan ini, spesis orang utan di negara kita bahkan di mana jua semakin mengalami kepupusan.
Jadi, bagaimana anda dan rakan anda lakukan untuk menyelamatkan spesis orang utan ini?
Dalam New Hope for Orang-utan School Program, kami dari pasukan SMK Seri Jempol 2009, mewakili 4 orang pelajar, Irwan Norasyraf bin Zulkaffili, Muhammad Fariz bin Pugal, Nabilah binti Mohammad Sharif dan Nur Amalina binti Saari serta guru penasihat kami Encik Mohammad Affandi bin Abu bangkit untuk menyokong serta melaksanakan program ini untuk memberi kesedaran tentang kepupusan orang utan yang semakin dibimbangi.
Pelbagai idea, aktiviti, laporan/rencana akan dihasilkan untuk dimuatkan dalam kempen rasmi di sekolah kami “Lindungi Orang Utan” dalam bulan Ogos ini. Segala hasil kerja pula
diabadikan dalam blog yang dijadikan sebagai dokumentasi untuk melengkapkan syarat dalam program pertandingan ini.
Oleh yang demikian, kami berharap aktiviti yang dilaksanakan mendapat sokongan dari masyarakat yang sedar bahawa spesis ini perlu diselamatkan, dipulihara, dipelihara seterusnya dipertahankan untuk generasi yang akan datang.

No comments:

Related Posts with Thumbnails