**********************************************************************************************

WELCOME TO SAYANG ORANG UTAN

Saturday, August 22, 2009

20 Ogos 2009 - Lawatan ke Zoo Melaka

     Tepat jam 7.30 pagi, kami berkumpul di perkarangan sekolah untuk sesi taklimat bersama guru pengiring kami, Encik Affandi Abu. Selepas segala urusan diselesaikan, barulah kami memulakan perjalanan kami ke Zoo Melaka, pada jam 8.05 pagi. Perjalanan kami lancar, daripada Bandar Seri Jempol, melalui Jelai, Johol, Tampin dan Air Keroh Melaka. Kira-kira 1 kilometer sebelum destinasi kami, kami singgah sebentar ke Medan Selera untuk sarapan pagi. Pada jam 10.30 pagi, di Zoo Melaka, kami disambut mesra oleh pegawai Zoo Melaka, Encik Faizal dan Encik Masri dan kami dipelawa ke bilik mesyuarat bagi sesi taklimat dan perbincangan.

Setelah kira-kira 20 minit sesi perbincangan selesai, kami dibawa ke tempat ‘Free Ranging Orangutan’, dimana orang-utan diletakkan bebas bagi tatapan pengunjung zoo. Kami tidak melepaskan peluang bergambar dan memerhati corak kehidupan orang-utan secara dekat dan lebih terperinci. Kami melihat sendiri telatah orang-utan ini, iaitu Sen (spesis Sumatera) dan Mawa ( spesis Borneo ) di habitat mereka.
Sen dan Mawar sangat manja dengan Cikgu Affandi dan Nabila
Kami juga tidak melepaskan peluang bertanya tentang aspek latar belakang, pemakanan, perwatakan, dan cara hidup spesis ini kepada penjaga zoo yang bertugas bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Kenangan di Zoo Melaka adalah kenangan yang paling indah bagi kami kerana dapat melihat dan belajar dengan lebih dekat mengenai spesis orang utan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails