**********************************************************************************************

WELCOME TO SAYANG ORANG UTAN

Monday, August 30, 2010

Hari Anugerah Kokorikulum 2010

Pada 24 Mei 2010 yang lalu, sebuah majlis penganugerahan kokurikulum Negeri Sembilan telah diadakan di Sekolah Datuk Abdul Razak Seremban. Majlis ini diadakan bagi mengiktiraf para pelajar yang telah mengharumkan nama Negeri Sembilan di peringkat kebangsaan pada 2009. Sekolah kami, SMK Seri Jempol telah menerima 3 penganugerahan, iaitu bagi Johan Menulis Cerpen Hari Guru Kebangsaan, Sayembara Puisi dan Lagu, serta untuk New Hope For Orang-utan School Programme ini. Majlis yang berlangsung penuh meriah dan berprestige itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato` Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan, yang telah banyak memberi sumbangan kepada sekolah kami. Malahan, Dato` juga merupakan salah seorang penaja pasukan S.O.U pada tahun lalu! Terima kasih, Dato`!!

Semoga kejayaan ini diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang pula!!
:: SOU ::

New Hope for Orang-utan School Programme 2010!!

Salam sejahtera semua. Nampaknya, pertandingan kegemaran ramai ini sudah mula membuka tirainya bagi tahun 2010 ini!! Kepada anda yang berminat untuk merasai pengalaman yang cukup menarik seperti yang telah dikecapi oleh kami S.O.U Team dan GPRS pada tahun lepas, jangan lepaskan peluang keemasan ini! Segeralah bentukkan kumpulan anda dan mulakan mekanisme anda bagi menyebarkluaskan fahaman dan kesedaran tentang spesis orangutan yang semakin terancam ini! Keluarkan idea-idea kreatif dan bersainglah secara sihat. Pengisian aktiviti yang dijalankan perlulah relevan dan mantap!! Pendokumentasian yang kemas dan menarik juga amat penting dan pastikan ianya bukan projek `gajah putih` semata-mata. Jadi, jangan tunggu lagi! Segeralah mendaftar di www.orangutan.com.my sekarang!!


Jangan lupe juga untuk menyokong pasukan kedua SMK Seri Jempol, di www.prihatinorangutan.blogspot.com!! Berikan sokongan anda!! Terima kasih kerana menyokong S.O.U Team selama ini!!

`Show you care, show your humanity`

Thursday, August 19, 2010

TV9 Berkunjung ke Sekolah Kami!

Pada 19 Ogos 2010, SMK Seri Jempol telah menerima kunjungan krew TV9 serta beberapa orang selebriti seperti Irma Hasmie dan Tam. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk mempromosikan New Hope For Orang-utan School Programme 2010. Tepat jam 4 petang, iaitu beberapa minit selepas kami selesai menjawab kertas percubaan SPM Pendidikan Islam, kunjungan tersebut pun sampai di sekolah. Para pelajar memberikan sambutan yang cukup menggalakkan. Kuiz juga ada diadakan, dan para pelajar berebut-rebut untuk menjawab soalan untuk memenangi hadiah ekslusif daripada TV9.


Kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil autograf dan bergambar dengan krew TV9.

Kami diberikan penerangan mengenai program ini yang mempunyai sedikit kelainan, iaitu bilangan peserta adalah bebas tetapi minimum 4 orang, serta tiada lawatan sambil belajar diadakan. Sebaliknya, hadiah bagi pemenang termasuk sekolah meningkat sekitar 2 kali ganda berbentuk wang ringgit. Kami turut ditemu ramah untuk berkongsi pengalaman menyertai pertandingan ini.
Sebelum pulang, beberapa `take` atau pengambaran dijalankan. Terima kasih pihak TV9 kerana sudi hadir ke sekolah kami!! Kedatangan anda amat dialu-alukan! Semoga kita bertemu lagi!!

New Hope For Orang-utan Kembali Lagi!!

New Hope For Orang-utan kembali lagi untuk tahun 2010!! Namun kami S.O.U Team terpaksa melepaskan tanggungjawab ini kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 kerana kami perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada SPM yang akan menjelang tidak lama lagi. Pada waktu ini kami sedang menjalani percubaan SPM. Alhamdulillah, kejayaan kami pada tahun lalu masih lagi menjadi sebutan orang ramai. Ini bermakna kami berjaya menyumbang sesuatu yang berharga kepada sekolah. Kepada pelajar-pelajar yang akan menggalas beban ini, selamat berjaya diucapkan!! Ingat, yang paling penting sekali ialah kerjasama dan kreativiti. Pastinya tahun ini persaingan akan menjadi lebih sengit. Oleh itu, jangan sesekali menyerah kalah, sebaliknya perlu betul-betul komited dalam pertandingan ini. Semoga berjaya!!

Wednesday, February 3, 2010

Encik Affandi Abu - Selamat Tinggal SMK Seri Jempol

29 Januari 2010, merupakan hari terakhir Penasihat Pasukan Sayang Orangutan, Encik Affandi Abu menabur bakti sebagai guru di SMK Seri Jempol, dan merupakan hari terakhir beliau sebagai pendidik. Beliau telah berpindah ke Institut Perguruan Raja Melewar di bahagian Hal Ehwal Pelajar bahagian latihan dalam perkhidmatan.

Kami warga SMK Seri Jempol mengucapkan tahniah kepada beliau atas kenaikan pangkat ini. Segala bakti akan sentiasa tersemat di SMK Seri Jempol, yang merupakan sekolah pertama dan

terakhir beliau bergelar guru. Walaubagaimanapun, bagi kami pasukan Sayang Orangutan, Encik Affandi Abu tetap merupakan sebahagian daripada pasukan ini. Terima kasih atas segala dorongan dan bimbingan selama ini.

Kemungkinan peluang menyertai pertandingan sebegini tidak akan lagi terbuka buat kami yang sedang berjuang untuk menghadapi SPM pada tahun ini, namun selagi kami masih mempunyai kesempatan, kejayaan pasti akan kami lakarkan.

Semoga cikgu akan lebih berjaya pada masa akan datang dan semoga SMK Seri Jempol akan terus meraih kejayaan di peringkat kebangsaan dalam pelbagai bidang bagi mencapai visi sekolah, SMK Seri Jempol cemerlang dan terbilang menjelang 2012!!


"Lawatan ke Sabah merupakan hadiah paling bermakna buat cikgu.. thanks u all, hidup SOU!"
dipetik daripada kata-kata Encik Affandi Abu.
Related Posts with Thumbnails