

Projek pemulihan orang utan di Sabah telah dicadangkan oleh P.F. Burgess Timbalan Konservator Hutan pada tahun 1961. Beliau juga bertanggungiawab dalam penubuhan bahagian mergastua dalam Jabatan Perhutanan dan merangka Ordinan Pemuliharaan Haiwan 1963. Dengan bantuan Pertubuhan Tabung Hidupan Liar Sedunia yang baru ditubuhkan, Puan Barbara Harrisson, isteri kepada Kurator Muzium Sarawak telah melawat Sabah (pada masa itu dikenali sebagai Borneo Utara) dan melaporkan bahawa orang utan adalah haiwan terancam dan mengalami kepupusan. Di Sabah, orangutan adalah haiwan dilindungi di bawah Ordinan Pemuliharaan Haiwan, 1963.
PROSES PEMULIHAN ORANGUTAN
Kemasukan
Proses pemulihan orang utan bermula apabila sahaja pusat ini menerima orangutan sama ada dirampas atau diserahkan secara sukarela oleh pemilik-pemilik haram dari ladang pertanian atau kem pembalakan. Kebanyakan orang utan yang diterima oleh pusat ini terdiri dari anak-anak orang utan yang kehilangan ibunya dan masih memerlukan perlindungan dan sokongan penuh dari ibunya untuk terus hidup.........
read more...........
Petikan: The Rehabilitation Of Orangutans at Sepilok, Jabatan Cetak Kerajaan Negeri Sabah, 1994.
Alam Sekitar: Sabah bakal ‘kehilangan’ Orang Utan
Berita Harian, 26 Jan 2004






: :
:





2 comments:
En Affandi dan crew sayang orang utan smkseri jempol. Mohon disemak SMKSJ sama ngan smk seremban jaya, kerana anda telah masukkan cerita pusat sumber sekolah lain bukan sekolah kita
terima kasih atas informasi tersebut...
Post a Comment