Sunday, August 30, 2009
Orang Utan di Youtube
Saturday, August 29, 2009
Tindakan Anda
- Pembalakan ( kemusnahan habitat )
- Menyokong usaha mengurangkan penerokaan hutan dan pembalakan.
- Mengumpul dana untuk disalurkan kepada badan-badan yang menguruskan orang utan.
- Menyebarkan maklumat dan kesedaran mengenai orang utan kepada orang ramai.
- Melibatkan diri dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan orang utan.
- Menanam rasa sayang kepada orang utan sejak dari kecil lagi.
Jika tidak mampu,
- Cukuplah sekadar prihatin kerana keprihatinan itu adalah salah satu bentuk sokongan.
Keprihatinan Adalah Sokongan
Sunday, August 9, 2009
9 Ogos 2009 - Orang Utan Borneo dan Sumatera



ORANG Utan Borneo adalah haiwan terkenal di Sabah dan paling mendapat perhatian, bukan saja kerana keunikannya malah kerana ia diancam kepupusan. Hari ini populasi haiwan itu di Negeri Di Bawah Bayu dianggarkan mencecah 13,000, sekali gus menjadi satu-satunya lokasi yang menempatkan Orang Utan tertinggi di dunia.
Wartawan AMIRULLAH ANDI NUR meninjau perkembangan, masalah serta masa depan Orang Utan yang turut menjadi tarikan pelancongan utama ke Sabah.
DULU, Orang Utan boleh dijumpai di seluruh Asia Tenggara hingga ke China dan Jawa di Indonesia. Hari ini, ia hanya wujud di dua negara, iaitu Malaysia dan Indonesia. Sebab utama keadaan ini berlaku kerana faktor pemburuan di samping kehilangan habitat akibat pembalakan dan faktor ekologi seperti perubahan iklim......
read more.......
9 Ogos 2009 - Orang Utan Terancam
0rang utan hanya terdapat di kepulauan Borneo dan Sumatra. Mamalia ini terdapat di kawasan pergunungan pada paras 2.400 M (dari Gunung Kinabalu). Jantan dewasa (15 tahun ke atas) berdiri setinggi 1.4 meter dan mempunyai berat 50 – 100 kg. Betina mempunyai berat di antara 34 – 40 kg. 0rang utan membuat sarang di atas pokok daripada daun-daun dahan-dahan kecil di mana mereka tidur pada waktu malam. Biasanya orangutan membina sarang baru setiap hari di mana mereka berehat pada waktu siang. Mereka merupakan binatang yang suka bersendirian dan memakan buah-buahan, daun-daun, kulit kayu, pucuk dan sarang burung. Kadang-kadang mereka juga memakan serangga dan anai-anai. 0rang utan boleh hidup diantara 35-40 tahun atau lebih. Seekor Orangutan betina boleh beranak sekurang-kurangnya 3 – 4 kali dengan purata seekor anak setiap satu tahun. Masa bunting adalah kira-kira 9 bulan.
Anak orang utan mempunyai kadar pembesaran yang lambat, kadang-kadang meng
ambil 5 – 7 tahun sebelum boleh hidup sendiri dan sekurang-kurangnya 7 – 10 tahun sebelum mencapai kematangan seksual. 0rang utan merupakan spesis binatang yang semakin pupus. Di negeri
Pergerakan orang utan yang lambat juga menyebabkan mereka menjadi sasaran pemburu. 0rang utan merupakan binatang pendiam dan tidak menyerang dan merupakan binatang yang dilindungi di
Dipetik dan diterjemah dari : Wildlife of Sabah in Danger, Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Jabatan Hidupan Liar Sabah, 1993.







: :
:




