**********************************************************************************************

WELCOME TO SAYANG ORANG UTAN

Friday, August 7, 2009

Perbincangan Tentang Pelancaran Kempen

Pada tepat jam 10.50 pagi, di sekolah, kami berkumpul di bilik Lukisan Kejuruteraan untuk membincangkan tentang pelancaran kempen Lindungi Orang Utan kami itu. Setelah mengambil kira aspek masa yang terhad, kami memutuskan untuk memilih hari Rabu hadapan, iaitu pada 12 Ogos 2009, untuk menjayakan Pelancaran kempen kami tersebut. Sehubungan dengan itu, kami mengambil keputusan untuk menunda lawatan ke Zoo Melaka pada minggu berikutnya. Kami turut membincangkan aturcara, gimik serta jemputan-jemputan pada hari tersebut. Sebelum bersurai, kami sempat membincangkan tentang kertas kerja yang perlu dihantar kepada Datuk Lillah Yassin, bagi mendapatkan penajaan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails