Di Zoo Melaka, Sen dan Mawa dijaga dengan baik oleh penjaga-penjaga zoo dengan penuh kasih sayang. Malah, ada penjaga zoo yang menggelarkan dirinya ‘papa’ ketika melayan karenah dan kenakalan orangutan-orangutan tersebut yang sentiasa ingin dibelai dan didukung. Di Zoo Melaka, Sen dan Mawa diberikan penjagaan yang rapi dan tahap kesihatan dan kebersihan juga diambil berat. Seperti manusia, Sen dan Mawa dimandikan 2 kali sehari dan dibawa bersiar-siar 2 kali sehari juga.
Saturday, August 22, 2009
Selamatkan Sen dan Mawa!!
Dalam lawatan kami ke Zoo Negara, kami berpeluang bertemu dua ekor orang utan yang dilindungi, iaitu Sen, dari Sumatera dan Mawa dari Borneo. Kedua-kedua orang utan ini adalah betina, dan berusia kira-kira 5 tahun. Mawa mempunyai bulu yang kurang lebat dan berwarna kehitaman serta lebih sensitif berbanding Sen, mempunyai bulu yang lebat dan keperangan.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)






: :
:





No comments:
Post a Comment