**********************************************************************************************

WELCOME TO SAYANG ORANG UTAN

Sunday, August 30, 2009

Orang Utan di Youtube

Kami menambah satu pautan baru di pautan, iaitu orang utan di Youtube bagi membolehkan anda melihat video-video orang utan yang sangat menarik!! Saksikan...

Kempen di Terminal 1 Seremban

Kami dibantu oleh Nurul Hikmah binti Mahayudin dari tingkatan 4 Arif, Aliran Sains Hayat, pelajar SMK Seri Jempol untuk melaksanakan aktiviti kempen di Terminal 1, Seremban. Kami mempromosikan laman blog kami dan mengedarkan risalah kepada semua orang awam di sana. Kami turut tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tandatangan orang ramai bagi folio petisyen kami.

Sisipan Akhbar

Kami turut menyebarkan risalah yang mengandungi maklumat tentang orangutan melalui akhbar, dimana kami menjadikannya sebagai sisipan di akhbar. Destinasi kami adalah di premis-premis perniagaan di premis perniagaan Bandar Baru Serting. Disamping orang ramai dapat mengetahui berita-berita terkini mengenai Malaysia dan dunia, para pembaca juga dapat mengetahui maklumat berkenaan orang utan. Antara akhbar yang menjadi pilihan kami ialah Berita Harian, Utusan Malaysia dan Harian Metro dengan unit yang banyak. Semoga penduduk Bandar Baru Serting mendapat faedah daripada usaha kami ini.

Siapa "KAMI"?

Saturday, August 29, 2009

Penyebaran Flyers / Risalah & Maklumat

Buletin MySpace dan Friendster bahkan penggunaan Yahoo e-mel menjadi alat kami untuk menyebarkan risalah kempen kami serta maklumat tentang perjalanan program New Hope for Orang-utan School Program tersebut. Langkah sebegini dapat membuka mata terhadap masyarakat khususnya golongan remaja yang kian berleluasa menggunakan media massa berkenaan untuk menyedarkan mereka betapa pentingnya untuk kita mempertahankan spesis orang utan tersebut. Ini memberi peluang kepada pengguna Friendster dan Myspace untuk tetap mengikuti Sayang Orang Utan walaupun tidak mempunyai akaun Blogspot.

Buletin MySpaceBuletin Friendster

Penggunaan Alternatif / Kaedah Media Massa Yang Lain

Menerusi lanjutan / pautan atau 'link' di blog kami, kami juga tidak ketinggalan untuk menggunakan alternatif / kaedah / cara yang lain dalam memperluaskan kegiatan kempen / program kami. Media massa yang kami gunakan ialah seperti di Facebook ( f ) serta Friendster ( www.sayangorangutan.blog.friendster.com ).

Facebook Sayang Orang Utan
Friendster Sayang Orang Utan

Penghasilan Folio Petisyen

Kami juga mewujudkan sebuah folio petisyen yang mengandungi tandatangan berupa sokongan kepada usaha kami ini. Usaha kami ini mendapat sambutan yang menggalakan daripada golongan pelajar, guru dan ibu bapa. Apabila folio tersebut siap kelak, kami akan menghantarnya ke badan atau pusat-pusat yang berkenaan seperti WWF, Zoo dan sebagai. Ia masih lagi dalam perancangan kami.

Peraduan-peraduan Kempen Lindungi Orang Utan

Terdapat tiga peraduan yang utama telah kami anjurkan yang merupakan menjadi tumpuan penyertaan daripada para pelajar di sekolah kami mahupun guru-guru. Antaranya ialah ;

Kuiz Orang UtanPeraduan Teka Silang Kata Orang Utan
Peraduan Dialog Karikatur Orang Utan

Brochure Majlis Perasmian Penutup Kempen Lindungi Orang Utan

Risalah Kempen

Flyers/Poster/Risalah di atas tersebut merupakan bahan untuk kami menyebarkan maklumat mengenai orang utan serta pelancaran kempen kami di sekolah. Risalah berkenaan telah di sebarkan melalui rumah ke rumah bahkan di premis perniagaan yang berdekatan serta di tampilkan / "attach" menerusi alternatif media yang lain seperti e-mel, Yahoo Messenger ( YM ), Skype, MySpace, Friendster dan Facebook ( f ). Kami harap melalui penyebaran risalah ini ia mampu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepupusan spesis orang utan yang menjadi khazanah negara yang tidak ternilai harganya.

Tindakan Anda

Punca-Punca Kepupusan :

- Pembalakan ( kemusnahan habitat )
- Pemburuan Haram
- Penyeludupan
- Aktiviti menjadikan orang utan sebagai haiwan belaan

Apa Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Menyelamatkan Orang Utan

- Menyokong usaha mengurangkan penerokaan hutan dan pembalakan.
- Mengamalkan kitar semula, kerana melalui kitar semula, kuantiti pembalakan mampu berkurang.
- Menjaga kebersihan alam sekitar.
- Mengumpul dana untuk disalurkan kepada badan-badan yang menguruskan orang utan.
- Menyebarkan maklumat dan kesedaran mengenai orang utan kepada orang ramai.
- Melibatkan diri dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan orang utan.
- Menanam rasa sayang kepada orang utan sejak dari kecil lagi.

Jika tidak mampu,
- Cukuplah sekadar prihatin kerana keprihatinan itu adalah salah satu bentuk sokongan.


Keprihatinan Adalah Sokongan

Penyebaran Risalah Melalui Emel

Dalam dunia zaman canggih ini, Internet memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat. Kami telah membuat penyebaran risalah melalui rumah ke rumah, dan kini melalui emel. Kami mendapatkan alamat emel daripada rakan-rakan dan majalah seperti majalah Gempakstarz. Hampir 100 orang pengguna emel telah menerima risalah kami setakat ini, dan usaha ini akan kami teruskan. Tinggalkan alamat emel anda di ruangan komen untuk mendapatkan risalah daripada kami.

Wednesday, August 26, 2009

26 Ogos 2009 - Projek Kitar Semula

Seperti yang diketahui, pembalakan dan penebangan hutan merupakan salah satu punca kepupusan orang utan di dunia ini. Hal ini kerana aktiviti ini menyebabkan habitat spesis ini musnah dan mengancam nyawa orang utan. Salah satu produk pembalakan dan penebangan hutan ialah penghasilan kertas. Oleh itu, kami, pasukan Smk Seri Jempol nekad untuk mengumpulkan bahan-bahan dari kertas untuk dikitar semula kerana usaha ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan kadar kemusnahan hutan terutamanya di Malaysia.
Dalam masa satu hari sahaja, kami berjaya mengumpulkan kira-kira 18 kilogram kertas untuk dihantar ke pusat kitar semula. Oleh itu, kami akan meneruskan usaha tersebut untuk menyelamatkan spesis orang utan.

Penghasilan Bunting - Kempen Lindungi Orang Utan

Kami dari pasukan SMK Seri Jempol telah merancang untuk menghasilkan bunting sempena Kempen Lindungi Orang Utan SMK Seri Jempol. Kami telah bersepakat dengan bimbingan Guru Penasihat, Encik Affandi bin Abu untuk menempah 2 bunting bagi memeriahkan lagi sambutan kempen tersebut.
Dengan penghasilan bunting tersebut, kami yakin akan dapat menarik minat para pelajar terhadap kempen yang dijalankan. Selain itu, material tersebut juga dapat mengindahkan lagi panorama kawasan sekolah kami kerana motifnya bersifat alam sekitar.

Tuesday, August 25, 2009

Bancian Tentang Kesedaran Terhadap Orang Utan

Kami mengadakan temuramah dengan pelajar-pelajar bagi mengetahui pendapat mereka tentang kempen ini, isu kepupusan orang utan dan cara mengatasinya. Melalui bancian ini, kami dapat mengetahui sejauh mana keberkesanan program yang telah kami jalankan.

24 Ogos 2009 - Penyebaran Risalah ke Kawasan Kediaman dan Premis Perniagaan

Pada 24 Ogos 2009, kami meneruskan aktiviti kami iaitu penyebaran risalah ke kawasan kediaman dan premis perniagaan.. Kawasan kediaman pilihan kami ialah Taman Serting Indah. Kami memulakan aktiviti kami pada jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Saturday, August 22, 2009

Isu Mengancam Orang Utan

Punca kepupusan orang utan ialah :

1. Ladang-ladang kelapa sawit
2. Pembalakan
3. Perburuan haram
4. Perdagangan binatang kesayangan.

23 September 2005 Laporan bertajuk "Oil for Ape Scandal oleh Pertubuhan Friends of the Earth mendedahkan :

1. Tanpa campur tangan segera, perdagangan kelapa sawit boleh menyebabkan pupusnya spesies Orang Utan dalam masa 12 tahun.

2. Hampir 90 peratus habitat Orang Utan di Indonesia dan Malaysia telah musnah.

3. Beberapa orang pakar menganggarkan bahawa 5,000 Orang Utan pupus setiap tahun, kesan daripada keadaan itu.

4. Terdapat kurang daripada 60,000 Orang Utan yang hidup secara liar di Borneo dan Sumatera.

5. Pusat penyelamat Orang Utan di Indonesia "padat dengan bayi Orang Utan yang yatim piatu" yang diselamatkan dari hutan-hutan yang ditebangkan untuk perladangan kelapa sawit.

6. Kerajaan Indonesia bercadang untuk mewujudkan sebuah ladang kelapa sawit terbesar dunia di Borneo, iaitu di sepanjang sempadan dengan Malaysia, yang akan merentasi kawasan perlindungan orang utan.

7. Menggesa kerajaan Indonesia dan Malaysia menerima dan melaksanakan Deklarasi Kinshasa yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 10 September 2005 dan menamatkan penukaran kawasan habitat Orang Utan kepada ladang-ladang kelapa sawit. Kerajaan Indonesia telah menandatangani perjanjian itu tetapi kerajaan Malaysia belum menandatanganinya.

Wikipedia.com

Usaha Menyelamatkan Orang Utan


Kami dari SMK Seri Jempol Team sentiasa bekerjasama dalam menjana beberapa program dan aktiviti bagi memberi kesedaran kepada masyarakat awam termasuk pelajar tentang kepentingan memelihara spesis orang-utan yang semakin diancam kepupusan ini. Pelbagai aktiviti telah kami usahakan, antaranya ialah sudut pameran di sekolah, bagi menyampaikan maklumat tentang orangutan dari segi latar belakang, pemakanan, cara hidup, faktor-faktor kepupusan serta cara mengatasinya. Selain itu, kami turut menyebarkan risalah-risalah yang mengandungi maklumat tentang orang utan kepada penduduk Taman Serting Indah supaya informasi yang ingin disampaikan dapat difahami sepenuhnya. Selain itu, kami turut meminta tandatangan orang awam sebagai tanda menyokong usaha kami menyelamatkan orang utan.
 Seterusnya, kami juga mengadakan acara mega kami, iaitu Kempen Lindungi Orang Utan SMK Seri Jempol pada Ogos 2009. Pelbagai peraduan telah diadakan antaranya ialah, peraduan kuiz orang utan, peraduan menulis dialog karikatur bermesej, peraduan menulis slogan, peraduan menulis esei pendek, dan peraduan teka silang kata. Melalui semua aktiviti ini, para pelajar akan merujuk kepada sudut pameran kami bagi mendapatkan jawapan dan informasi kepada soalan-soalan yang ditanya. Dari situ mereka akan menambahkan pengetahuan mereka mengenai spesis yang semakin pupus ini dan menimbulkan kesedaran terhadap pentingnya memelihara orangutan. Melalui peraduan menulis dialog kreatif pula, mereka berpeluang menyampaikan buah fikiran mereka menerusi 2 watak karikatur, iaitu orangutan dan guru sekolah yang membawa murid-muridnya melawat orangutan.
Semua ini adalah usaha kami untuk member kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menyelamatkan orang utan. Pada kami, apa yang lebih penting bukanlah wang ringgit semata-mata, tetapi kesedaran itu yang paling dominan. Oleh itu, kami akan sentiasa melipatgandakan usaha untuk terus memberi komitmen terhadap usaha ini.

Pemenang Peraduan Kempen Lindungi Orang Utan SMK Seri Jempol

Peraduan Kuiz Bertulis Orang Utan:

1. Syakila binti Abd Rasyid
2. Nurul Admira binti Muhammad Yatim
3. Nurul Farlina binti Mohammad Baharom

Peraduan Menulis Dialog Karikatur Bermesej :

1. Siti Aminah binti Dzulkifli
2. Syakila binti Abd Rasyid
3. Nuraini binti Ishak

Peraduan Menulis Slogan :

1. Hadi Hafiz bin Mohammad Noh
2. Nur Masturah Afifi binti Abd Rasyid

Peraduan Menulis Esei :

1. Siti Azlila binti Baharuddin
2. Syakila binti Abd Rasyid
3. Siti Saleha binti Haji Musa

Peraduan Teka Silang Kata :

1. Azura binti Abbas
2. Nurul Farlina binti Mohammad Baharom
3. Nurul Admira binti Muhammad Yatim

* Syakila binti Abdul Rasyid adalah peserta terbaik bagi kempen Lindungi Orang Utan ini dengan berjaya memenangai 1 Johan dan 2 Naib Johan, menunjukkan minat dan kesungguhan beliau dalam menghayati sepenuhnya kempen ini. Terima kasih diucapkan!

Majlis Perasmian Penutup Kempen Lindungi Orang Utan SMK Seri Jempol

Pada 21 Ogos 2009, kami telah mengadakan Majlis Perasmian-Penutup Kempen Lindungi Orang Utan SMK Seri Jempol. Majlis itu dihadiri oleh guru-guru dan para pelajar SMK Seri Jempol. Pada majlis tersebut, saya, Irwan Norasyraf bertindak sebagai AJK Gimik Persembahan serta Jurukamera, Muhammad Fariz sebagai Pengerusi Majlis bersama Guru Penasihat, Encik Affandi, Nur Amalina sebagai AJK Hadiah dan Nabilah sebagai AJK Promosi.





Majlis tersebut dirasmikan oleh Penolong Kanan 1 SMK Seri Jempol, Puan Faridah binti Sulan. Beliau juga telah melancarkan blog kami pada majlis itu. Seterusnya ialah acara peny ampaian hadiah. Sebanyak 5 peraduan telah dipertandingkan, iaitu, Kuiz Bertulis Orang Utan, Peraduan Menulis Dialog Kreatif Bermesej, Peraduan Menulis Esei, Peraduan Teka Silang Kata Orang Utan, serta Peraduan Menulis Slogan Bermesej. Kesemua peraduan ini mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada para pelajar, terutamanya pelajar Tingkatan 4. Acara Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Shahrin bin Alias.
Related Posts with Thumbnails