Tuesday, August 4, 2009
Perancangan
Hari ini kami berkumpul dan merancang aktiviti untuk kempen Lindungi Orang Utan peringkat sekolah. Kami berbincang tentang tugas, atur cara, aktiviti, kewangan dan penghasilan blog. Setiap daripada kami mempunyai tugas-tugas yang tersendiri, supaya segala perancangan berjalan dengan lancar dan menepati waktu yang telah ditetapkan. Kami turut berbincang dengan guru penasihat kami, Encik Affandi Abu tentang idea-idea dan saranan kami bagi menjayakan misi kami. Walaupun agak sibuk dengan pelajaran, kami tetap membahagikan waktu untuk sesi perbincangan. Kami mulakan dengan memberikan idea-idea tentang atur cara dan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan. Susulan itu, pembahagian tugas dilakukan. Kami turut merancang perbelanjaan, dan mendapatkan pandangan daripada beberapa orang guru dan staf sekolah. Pada petang pula, kami mulakan dengan mendapatkan seberapa banyak mungkin informasi atau maklumat tentang orang utan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






: :
:





No comments:
Post a Comment