**********************************************************************************************

WELCOME TO SAYANG ORANG UTAN

Sunday, August 9, 2009

Kerja Berkumpulan

Kami berkerjasama menyiapkan sudut pameran kempen ‘Lindungi Orang Utan’ kami. Pertama sekali, kami pastikan setiap bahan-bahan yang diperlukan ada dan mencukupi. Antaranya ialah polystyrene, kertas warna, bahan pelekat, paku dan bahan-bahan pameran. Kami menyusun dan menghias pameran kami itu bersama-sama, sebelum meletakkan papan pameran tersebut di tempat yang telah ditetapkan. Selain itu, kami turut mengedarkan risalah dan iklan promosi ke setiap kelas. Kami bertindak menampal bahan-bahan tersebut pada sudut informasi bilik darjah serta di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai di kawasan sekolah. Setelah selesai, kami berbincang pula tentang penghasilan banner dan pelancaran kempen kami pada minggu hadapan. Kami juga memuatnaik aktiviti-aktiviti kami di blog ini. Walaupun tanpa kehadiran guru, kami tetap bertungkus-lumus untuk menghasilkan hasil kerja yang terbaik bagi menjayakan kempen ‘Lindungi Orang Utan’ tersebut demi memberikan kesedaran kepada warga sekolah tentang kepupusan orang utan yang semakin membimbangkan ini.

No comments:

Related Posts with Thumbnails