Showing posts with label Projek Berkumpulan. Show all posts
Showing posts with label Projek Berkumpulan. Show all posts
Saturday, August 29, 2009
Penghasilan Folio Petisyen
Kami juga mewujudkan sebuah folio petisyen yang mengandungi tandatangan berupa sokongan kepada usaha kami ini. Usaha kami ini mendapat sambutan yang menggalakan daripada golongan pelajar, guru dan ibu bapa. Apabila folio tersebut siap kelak, kami akan menghantarnya ke badan atau pusat-pusat yang berkenaan seperti WWF, Zoo dan sebagai. Ia masih lagi dalam perancangan kami.
Wednesday, August 26, 2009
26 Ogos 2009 - Projek Kitar Semula
Seperti yang diketahui, pembalakan dan penebangan hutan merupakan salah satu punca kepupusan orang utan di dunia ini. Hal ini kerana aktiviti ini menyebabkan habitat spesis ini musnah dan mengancam nyawa orang utan. Salah satu produk pembalakan dan penebangan hutan ialah penghasilan kertas. Oleh itu, kami, pasukan Smk Seri Jempol nekad untuk mengumpulkan bahan-bahan dari kertas untuk dikitar semula kerana usaha ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan kadar kemusnahan hutan terutamanya di Malaysia.
Penghasilan Bunting - Kempen Lindungi Orang Utan
Kami dari pasukan SMK Seri Jempol telah merancang untuk menghasilkan bunting sempena Kempen Lindungi Orang Utan SMK Seri Jempol. Kami telah bersepakat dengan bimbingan Guru Penasihat, Encik Affandi bin Abu untuk menempah 2 bunting bagi memeriahkan lagi sambutan kempen tersebut.
Dengan penghasilan bunting tersebut, kami yakin akan dapat menarik minat para pelajar terhadap kempen yang dijalankan. Selain itu, material tersebut juga dapat mengindahkan lagi panorama kawasan sekolah kami kerana motifnya bersifat alam sekitar.
Tuesday, August 25, 2009
24 Ogos 2009 - Penyebaran Risalah ke Kawasan Kediaman dan Premis Perniagaan
Saturday, August 22, 2009
Usaha Menyelamatkan Orang Utan
/meta>/meta>/>/meta>/>/>>/>/meta>/meta>/>/meta>/>/>>/>/meta>/meta>/>/meta>/>/>>/>/meta>/meta>/>/meta>/>/>>/>/link>/link>/>/link>/>/>>/>/link>/link>/>/link>/>/>>/>/link>/link>/>/link>/>/>>/>/link>/link>/>/link>/>/>>/>
/shapetype>/shapetype>/> /stroke>/stroke>/> /formulas>/formulas>/> /f>/f>/> /f>/f>/> /f>/f>/> /f>/f>/> /f>/f>/> /f>/f>/> /f>/f>/> /f>/f>/> /f>/f>/> /f>/f>/> /f>/f>/> /f>/f>/>/f>/>/>>/>/f>/>/>>/>/f>/>/>>/>/f>/>/>>/>/f>/>/>>/>/f>/>/>>/>/f>/>/>>/>/f>/>/>>/>/f>/>/>>/>/f>/>/>>/>/f>/>/>>/>/f>/>/>>/>/formulas>/>/>>/> /path>/path>/> /lock>/lock>/>/lock>/>/>>/>/path>/>/>>/>/stroke>/>/>>/>/shapetype>/>/>>/> /shape>/shape>/> /imagedata>/imagedata>/> /wrap>/wrap>/>/wrap>/>/>>/>/imagedata>/>/>>/>/shape>/>/>>/> Seterusnya, kami juga mengadakan acara mega kami, iaitu Kempen Lindungi Orang
Utan SMK Seri Jempol pada Ogos 2009. Pelbagai peraduan telah diadakan antaranya ialah, peraduan kuiz orang utan, peraduan menulis dialog karikatur bermesej, peraduan menulis slogan, peraduan menulis esei pendek, dan peraduan teka silang kata. Melalui semua aktiviti ini, para pelajar akan merujuk kepada sudut pameran kami bagi mendapatkan jawapan dan informasi kepada soalan-soalan yang ditanya. Dari situ mereka akan menambahkan pengetahuan mereka mengenai spesis yang semakin pupus ini dan menimbulkan kesedaran terhadap pentingnya memelihara orangutan. Melalui peraduan menulis dialog kreatif pula, mereka berpeluang menyampaikan buah fikiran mereka menerusi 2 watak karikatur, iaitu orangutan dan guru sekolah yang membawa murid-muridnya melawat orangutan.
Kami dari SMK Seri Jempol Team sentiasa bekerjasama dalam menjana beberapa program dan aktiviti bagi memberi kesedaran kepada masyarakat awam termasuk pelajar tentang kepentingan memelihara spesis orang-utan yang semakin diancam kepupusan ini. Pelbagai aktiviti telah kami usahakan, antaranya ialah sudut pameran di sekolah, bagi menyampaikan maklumat tentang orangutan dari segi latar belakang, pemakanan, cara hidup, faktor-faktor kepupusan serta cara mengatasinya. Selain itu, kami turut menyebarkan risalah-risalah yang mengandungi maklumat tentang orang utan kepada penduduk Taman Serting Indah supaya informasi yang ingin disampaikan dapat difahami sepenuhnya. Selain itu, kami turut meminta tandatangan orang awam sebagai tanda menyokong usaha kami menyelamatkan orang utan.
Semua ini adalah usaha kami untuk member kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menyelamatkan orang utan. Pada kami, apa yang lebih penting bukanlah wang ringgit semata-mata, tetapi kesedaran itu yang paling dominan. Oleh itu, kami akan sentiasa melipatgandakan usaha untuk terus memberi komitmen terhadap usaha ini.
21 Ogos 2009 - Persiapan Menjelang Majlis Penutupan Kempen Lindungi Orang Utan
Sebaik sahaja pulang dari Zoo Melaka, kami bertungkus-lumus mengadakan sesi pengadilan bagi memilih pemenang bagi semua peraduan yang kami anjurkan serta menyusun dan mengira stok hadiah yang mencukupi untuk diberikan sewaktu Majlis Penutupan Kempen Lindungi Orang Utan SMK Seri Jempol pada keesokkan harinya.

Wednesday, August 19, 2009
Penghasilan Bookmark Lindungi Orang Utan & Alam Sekitar
Pada 17 Ogos, Isnin, kami, Muhammad Fariz dan Irwan Norasyraf menghasilkan bookmark atau penanda buku untuk dijadikan antara salah satu hadiah peraduan yang dipertandingkan untuk para pemenang. Kami bersama seorang pelajar atau rakan kami dari 4 Cemerlang, aliran Vokasional Grafik Berkomputer, Muhammad Hramie, mereka bookmark tersebut yang bercirikan alam sekitar dan orang utan. Kerja menghasilan berkenaan di hasilkan di Bilik MPV sekolah kami.



Sunday, August 16, 2009
Persiapan Proposal





Penghasilan Pameran Maklumat / Informasi Orang Utan
Rabu, 12 Ogos, kami secara berkumpulan menyiapkan pameran maklumat /infromasi tentang orang utan yang telah dirancang untuk ia menjadikan salah satu aktiviti kempen di sekolah kami. Pameran ini juga berperanan sebagai maklumat untuk peraduan teka silang kata serta kuiz bertulis.


Selepas itu, kami menampal menampal pameran berkenaan di tempat yang strategik dimana para pelajar akan mengikuti serta membaca maklumat tersebut sebagai rujukan kepada peraduan yang dipertandingkan.
Sunday, August 9, 2009
Kerja Berkumpulan
Wednesday, August 5, 2009
5 Ogos
Pada 5 Ogos, hari Rabu, kami berkumpul semula untuk menyambung semula perbincangan/perancangan untuk Kempen Lindungi Orang Utan yang akan dilancarkan pada minggu yang berikutnya. 2.30 petang sehingga 4.oo petang, kami menggantikan akitiviti kokorikulum badan uniform kami untuk melaksanakan tugas pertandingan ini atas kerana kekangan masa yang semakin pantas berlalu. Pada kali ini, Cik/Ustazah Basimah binti Abdul Majid, mengajar kami bagaimana untuk menghasilkan blog yang lebih baik dari setiap segi/aspek.



Tuesday, August 4, 2009
Perancangan
Hari ini kami berkumpul dan merancang aktiviti untuk kempen Lindungi Orang Utan peringkat sekolah. Kami berbincang tentang tugas, atur cara, aktiviti, kewangan dan penghasilan blog. Setiap daripada kami mempunyai tugas-tugas yang tersendiri, supaya segala perancangan berjalan dengan lancar dan menepati waktu yang telah ditetapkan. Kami turut berbincang dengan guru penasihat kami, Encik Affandi Abu tentang idea-idea dan saranan kami bagi menjayakan misi kami. Walaupun agak sibuk dengan pelajaran, kami tetap membahagikan waktu untuk sesi perbincangan. Kami mulakan dengan memberikan idea-idea tentang atur cara dan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan. Susulan itu, pembahagian tugas dilakukan. Kami turut merancang perbelanjaan, dan mendapatkan pandangan daripada beberapa orang guru dan staf sekolah. Pada petang pula, kami mulakan dengan mendapatkan seberapa banyak mungkin informasi atau maklumat tentang orang utan.
Subscribe to:
Posts (Atom)






: :
:




