**********************************************************************************************

WELCOME TO SAYANG ORANG UTAN

Thursday, August 19, 2010

TV9 Berkunjung ke Sekolah Kami!

Pada 19 Ogos 2010, SMK Seri Jempol telah menerima kunjungan krew TV9 serta beberapa orang selebriti seperti Irma Hasmie dan Tam. Kunjungan ini adalah bertujuan untuk mempromosikan New Hope For Orang-utan School Programme 2010. Tepat jam 4 petang, iaitu beberapa minit selepas kami selesai menjawab kertas percubaan SPM Pendidikan Islam, kunjungan tersebut pun sampai di sekolah. Para pelajar memberikan sambutan yang cukup menggalakkan. Kuiz juga ada diadakan, dan para pelajar berebut-rebut untuk menjawab soalan untuk memenangi hadiah ekslusif daripada TV9.


Kami tidak melepaskan peluang untuk mengambil autograf dan bergambar dengan krew TV9.

Kami diberikan penerangan mengenai program ini yang mempunyai sedikit kelainan, iaitu bilangan peserta adalah bebas tetapi minimum 4 orang, serta tiada lawatan sambil belajar diadakan. Sebaliknya, hadiah bagi pemenang termasuk sekolah meningkat sekitar 2 kali ganda berbentuk wang ringgit. Kami turut ditemu ramah untuk berkongsi pengalaman menyertai pertandingan ini.
Sebelum pulang, beberapa `take` atau pengambaran dijalankan. Terima kasih pihak TV9 kerana sudi hadir ke sekolah kami!! Kedatangan anda amat dialu-alukan! Semoga kita bertemu lagi!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails