**********************************************************************************************

WELCOME TO SAYANG ORANG UTAN

Wednesday, February 3, 2010

Encik Affandi Abu - Selamat Tinggal SMK Seri Jempol

29 Januari 2010, merupakan hari terakhir Penasihat Pasukan Sayang Orangutan, Encik Affandi Abu menabur bakti sebagai guru di SMK Seri Jempol, dan merupakan hari terakhir beliau sebagai pendidik. Beliau telah berpindah ke Institut Perguruan Raja Melewar di bahagian Hal Ehwal Pelajar bahagian latihan dalam perkhidmatan.

Kami warga SMK Seri Jempol mengucapkan tahniah kepada beliau atas kenaikan pangkat ini. Segala bakti akan sentiasa tersemat di SMK Seri Jempol, yang merupakan sekolah pertama dan

terakhir beliau bergelar guru. Walaubagaimanapun, bagi kami pasukan Sayang Orangutan, Encik Affandi Abu tetap merupakan sebahagian daripada pasukan ini. Terima kasih atas segala dorongan dan bimbingan selama ini.

Kemungkinan peluang menyertai pertandingan sebegini tidak akan lagi terbuka buat kami yang sedang berjuang untuk menghadapi SPM pada tahun ini, namun selagi kami masih mempunyai kesempatan, kejayaan pasti akan kami lakarkan.

Semoga cikgu akan lebih berjaya pada masa akan datang dan semoga SMK Seri Jempol akan terus meraih kejayaan di peringkat kebangsaan dalam pelbagai bidang bagi mencapai visi sekolah, SMK Seri Jempol cemerlang dan terbilang menjelang 2012!!


"Lawatan ke Sabah merupakan hadiah paling bermakna buat cikgu.. thanks u all, hidup SOU!"
dipetik daripada kata-kata Encik Affandi Abu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails