**********************************************************************************************

WELCOME TO SAYANG ORANG UTAN

Tuesday, December 1, 2009

Perjalanan Kami di Sabah, 21 November, Hari Pertama



Kami bergerak dari Bandar Seri Jempol pada jam 4.30 pagi dan sampai di KLIA tepat jam 6.30 pagi. Pada jam 7.00 pagi, kehadiran kami disambut oleh wakil daripada BOH Plantation, Cik Chris Chan yang menguruskan aktiviti dan perjalanan kami ke Kinabatangan. Kami diberikan penerangan ringkas mengenai keperluan, keselamatan dan tindakan yang perlu diambil sepanjang berada disana. Kami turut ditemukan dengan pasukan dari SMK Seri Gading, Batu Pahat, Johor serta wakil daripada TV9 yang akan bersama-sama kami di Kinabatangan, Sabah.  Pada jam 8.10 pagi, kami menaiki pesawat MAS Airline MH 2710 ke Lapangan Terbang Sandakan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam 45 minit untuk sampai ke destinasi pertama kami.




Setelah sampai, kami disambut mesra oleh Encik Lok, pemandu pelancong kami di sana. Sebelum berangkat ke restoran berdekatan menaiki bas yang disediakan untuk sajian tengah hari, kami sempat melakukan penggambaran seperti yang diminta oleh wakil TV9.






Selepas itu, kami dibawa pula ke Nature Lodge Kinabatangan, Chalet Kg Bilit. Untuk sampai ke Nature Lodge, kami perlu menaiki bot untuk menyeberangi Sungai Kinabatangan. Kehadiran kami di sana agak lewat menyebabkan aktiviti river cruise kami pada petang tersebut terpaksa ditangguhkan disamping faktor cuaca.


Pada malam tersebut, kami dikunjungi oleh wakil daripada WWF Malaysia bagi satu slot penerangan daripada mereka. Topik yang dikupas ialah Kinabatangan, Corridor of Life, yang menyentuh isu penanaman semula serta pemeliharaan dan pemuliharaan Kinabatangan daripada kesan penerokaan hutan. Satu tayangan video eksklusif selama 30 minit oleh WWF turut ditayangkan bagi memantapkan lagi pemahaman kami, disusuli dengan sesi soal-jawab.

No comments:

Related Posts with Thumbnails