**********************************************************************************************

WELCOME TO SAYANG ORANG UTAN

Tuesday, December 1, 2009

22 November, Hari Kedua





Tepat jam 7.00 pagi, aktiviti river cruise diadakan. Kami dibawa merentasi Sungai Kinabatangan, yang merupakan sungai terpanjang di Malaysia. Kami dapat menikmati suasana pagi yang nyaman disamping dapat melihat dengan lebih dekat spesis-spesis tumbuhan dan haiwan liar. Antara haiwan yang dapat kami lihat ialah spesis kera, ular dan beberapa spesis burung seperti burung enggang yang sukar dapat dilihat di tempat lain. Namun, kami dijanjikan dengan pemerhatian yang lebih menarik pada river cruise di sebelah petang kerana pada waktu pagi, haiwan agak kurang aktif. 


  

Selepas menikmati sarapan pagi, kami berjalan kaki ke Habitat Enterprise (HE) yang terletak tidak beberapa jauh dari Nature Lodge. Kami dikehendaki berpakaian yang sesuai bagi menjalankan aktiviti di sana. Habitat Enterprise adalah organisasi yang turut terlibat dalam penanaman semula pokok. Di Habitat Enterprise, kedatangan kami disambut baik oleh pegawai dan kakitangan di sana.



Kami diberikan taklimat ringkas mengenai latar belakang Habitat Enterprise oleh pemiliknya, Encik Azlin bin Awang serta dibawa melawat kawasan sekitar nursery tersebut.
 
 
 
 
 

Kami turut diberi kesempatan melakukan aktiviti pengurusan baka pokok dari peringkat pengisian tanah ke dalam ‘bayong’ atau polybag hinggalah ke aktiviti merumput dan penjagaan anak pokok.

 
 
 
 
 
 

Pada sebelah petang pula, kami melaksanakan aktiviti penanaman semula pokok di kawasan yang dikenalpasti kritikal untuk dikitar semula. Kami bekerjasama menebas, menggali dan menanam 13 anak pokok yang disediakan dibawah bimbingan dan pengawasan kakitangan Habitat Enterprise dan WWF.









 
Seterusnya, kami menjalani aktiviti river cruise yang kedua di Sungai Kinabatangan. Kali ini, lebih banyak spesis haiwan khususnya primata yang dapat dilihat seperti monyet belanda, orangutan, spesis kera dan beruk serta beberapa spesis burung. Walaupun terlepas peluang untuk menyaksikan gajah menyeberangi sungai, namun pengalaman tersebut amat menyeronokan.
 
 
 
 
 

Selepas makan malam, kami berkunjung ke perkampungan Orang Sungai yang terletak kira-kira 20 minit berjalan kaki ke sana. Disana kami sempat beramah mesra dengan penduduk kampung. Kami dihiburkan dengan tarian tradisional masyarakat Orang Sungai yang bermotifkan penanaman padi. Kami turut diberi peluang memainkan alat muzik tradisional Orang Sungai serta dipelawa menari bersama mereka. Walaupun pada awalnya penduduk kampung terpaksa bergelap disebabkan terputus bekalan elektrik yang disangkakan gimik persembahan, namun kami tetap terhibur dengan acara pada malam tersebut. Selepas itu, kami kembali ke Nature Lodge.
 





No comments:

Related Posts with Thumbnails