**********************************************************************************************

WELCOME TO SAYANG ORANG UTAN

Sunday, November 29, 2009

Hadiah Untuk Cikgu

Setelah sekian lama kami berdiam diri, untuk tatapan kepada semua pembaca, kami kembali lagi untuk maklumat/berita/rencana yang terbaru dari pasukan Sayang Orang Utan. Untuk pengetahuan anda dan yang sedia maklum, satu permohonan daripada kami untuk mengikuti aktiviti lawatan sambil belajar di Kinabatangan, Sabah yang menjadi antara salah satu hadiah utama tempat pertama dalam pertandingan New Hope for Orang Utan School Program, telah diluluskan oleh pihak BOH Plantation. Permohonan ini adalah atas permintaan atau impian guru penasihat kami, Encik Affandi Abu, serta pasukan SOU. Permohonan telah dihantar oleh Irwan dan seperti tidak dijangka, ia diluluskan tetapi permohonan kami dikenakan syaratnya. Lawatan ke Sabah ini dijalankan pada 21 sehingga 23 November 2009 iaitu pada minggu pertama cuti persekolahan. Ia merupakan hadiah daripada kami untuk guru penasihat kami setelah berpenat lelah menjayakan sepanjang pelaksanaan pertandingan ini. Perjalanan kami disana juga akan diabadikan dalam blog ini serta dihiasi gambar-gambar kenangan kami di Sabah. Tunggu kemunculan 'entry' blog yang seterusnya untuk mengetahui perjalanan kami yang menyeronokkan serta mencabar disana.

No comments:

Related Posts with Thumbnails