Alhamdulillah, pasukan Sayang Orang Utan SMK Seri Jempol berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan. Walaupun tewas sengit kepada pasukan GPRS (Gading Pongo Rescue Squad), Batu Pahat, Johor, namun kami berjaya mengalahkan sekolah-sekolah bandar yang lain. Kami menerima sebuah trofi, sijil pertandingan, RM 500.00 setiap pelajar dan RM 1000.00 bagi sekolah. Lebih membanggakan, video dan blog kami menerima pujian daripada pihak penganjur. Juri sendiri mengakui berasa keliru untuk memilih antara pasukan Sayang Orang Utan dan pasukan GPRS untuk dipilih menjadi pemenang kerana kedua-duanya memberikan saingan yang hebat. Pasukan GPRS mempunyai kelebihan dari segi kewangan dan aktiviti, manakala pasukan Sayang Orang Utan lebih kepada blog dan aktiviti. Namun begitu, nasib menyebelahi pasukan dari Batu Pahat ini, seterusnya merangkul Johan New Hope for Orang-utan School Program 2009 dan memenangi hadiah utama, lawatan ke Sungai Kinabatangan, Sabah. Walaubagaimanapun, kami berazam untuk bangkit semula pada tahun hadapan sekiranya program sebegini diteruskan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






: :
:





1 comment:
Hi sayang orang utan..congratulations to all of you.hope can know you guys more.
Post a Comment